INFO PRODUK

GANODERMA GANO EXCEL


Ganoderma Lucidum Penawar Penyakit Kronik

 

 

Ganoderma Lucidum adalah sejenis cendawan daripada lebih 250 spesis. Ia dipanggil dengan pelbagai nama mengikut masyarakat seperti melayu: cendawan merah, china: ‘lingzhi’, jepun: ‘reishi’ dan korea: ‘yeongji’. Menurut bahasa Greek: ‘ganos’ bermaksud bersinar, manakala ‘derma’ bermaksud kulit.

 

Ganoderma Lucidum merupakan herba yang digunakan secara tradisional dalam perubatan cina purba seawal pemerintahan Maharaja China yang pertama iaitu Maharaja Qin Shi Huang lebih 5,000 tahun yang lalu. Dalam teks perubatan herba purba china ‘Shen Nong’s Herbal Classic’ mengklasifikasikan Ganoderma Lucidum sebagai Herba Tonik ( Gred 1 ) iaitu ‘Superior Herb’ kerana ia mempunyai unsur ‘Adaptogen’ iaitu tidak bertoksik dan bebas daripada kesan sampingan, tidak spesifik dan bertindak secara menyeluruh dalam memperbaiki kesihatan tubuh badan.

 

Penyakit Moden dan Ganoderma

 

Para pakar penyelidik di universiti-universiti China, Taiwan, Korea, Jepun dan Amerika Syarikat telah banyak menjalankan kajian dan penyelidikan moden mengenai Ganoderma Lucidum dan mendapati bahan aktif yang terkandung didalamnya adalah seperti Polisakarida, Germanium Organik, Triterpenoid, Adenosina, Protein, Serabut Diet, Kompleks, Enzim, Alkaloid, Sterol, Asid Lemak, Nukleosida, Nukleotida, RNA, Vitamin dan Mineral.

MINGGUAN MALAYSIA, (AHAD) 3 JANUARI 2008

Pelbagai kajian saintifik, makmal dan klinik telah dijalankan dan mendapati bahan aktif yang terkandung dalam Ganoderma Lucidum amat berkesan sebagai agen anti radang, anti tumor, anti kanser, anti oksidan, anti bakteria, anti virus, agen pelindung hati, membantu menurunkan paras kolesterol darah dan agen penyahtoksin badan.

 

Kebanyakan kajian yang telah dijalankan di China, Korea, Jepun dan USA terhadap perubatan dan nilai pemakanan Ganoderma Lucidum menunjukkan bahawa ia berfaedah untuk mencegah dan merawat penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes ( kencing manis ), hepatitis, kanser dan AIDS.

 

Enam (6) jenis spesis terbaik ganoderma lucidum yang telah dikenalpasti ialah bentuk jantung, merak reishi, hati, otak, ruyi dan kimshen.
1) Gano Bentuk Jantung
2) Gano Bentuk Merak Reishi

3) Hati




4) Otak


5) Ruyi


6) Kimshen